Friday, July 1, 2011

Cakap-cakap orang tentang : Philippine's claim !?

Filipina's claim? Itu bukan Philippine's claim. Phillipine tidak boleh claim Sabah. Kesultanan Sulu meliputi Kudat dan Sandakan dan kebanyakan kawasan di Selatan Filipina, termasuk Mindanao.

Nama Sandakan itu sendiri adalah nama sebutan tausug yang bermaksud 'gadaikan'.

Yang ada kuasa claim Sandakan dan Kudat adalah Kesultanan Sulu.
Dan Kesultanan Sulu bukan sebahagian dari Philippine. Bilakah Mindanao menjadi sebahagian daripada negara Phillipine?

Adakah Manila mampu melancarkan aggression sama Malaysia untuk menuntut Sabah? Tidak mungkin la. Mindanao adalah buffer zone yang perlu dilangkahi oleh tentera Filipina dan US sebelum boleh melancarkan aggression. Dan itu tidak akan tarjadi kerana kami di Mindanao tidak akan membenarkan Manila menyerang Malaysia, negara yang beri kami makan dan perlindungan.

No comments: