Friday, July 1, 2011

Sabah & Sarawak : Malaya Oh.. Malaya

Ketuanan Melayu

Pegawai kerajaan Persekutuan banyak mengambil alih jawatan penting Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Terlalu banyak sehinggakan Yang Berhormat terpaksa membawa perkara ini terus kepada Perdana Menteri. Mengapa kita dilayan seperti golongan kelas kedua – seolah – olah masih lagi dijajah. Sebenarnya bukanlah penduduk Semenanjung lebih pintar dari penduduk Sabah dan Sarawak, tetapi sikap UMNO yang tidak menghormati Sabah dan Sarawak yang menjadi akar umbi kepada keadaan ini. Mereka melayan penduduk Sabah dan Sarawak seperti kambing bodoh.

Angkatan Bersenjata

Renjer Sarawak telahpun diganti oleh Regimen MELAYU di mana jawatan yang paling tinggi pegawai Dayak adalah Lt. Colonel. Adilkah – peluang tidak dibuka kepada Sabah dan Sarawak. Di manakah rasa hormat kepada BUMIPUTERA Sabah dan Sarawak serta terhadap perjuangan mereka yang bermati – matian mempertahankan Malaysia? Dalam jangkamasa yang pendek kita telah dilupakan.

Ahli Kabinet Persekutuan

Biarpun Sabah dan Sarawak meminta lebih banyak Ahli Parlimen mereka diserap ke dalam barisan Kabinet Persekutuan, UMNO ternyata mengambil pendekatan yang berpihak kepada UMNO. Keadaan penduduk Sarawak bukan perkara penting bagi mereka. Pemain utama UMNO harus dianugerahkan dengan jawatan penting dan wang ringgit. Kemiskinan dan kesempitan hidup penduduk Bumiputera Bukan Muslim Sarawak tidak dipedulikan oleh kerajaan Persekutuan – hinggakan Pegawai Persekutuan yang mengetuai jabatan ini adalah anak Semenanjung. Apa yang dia tahu pasal dua negeri ini.? Sesekali persoalan ini bermain di benak saya, pernahkah Muhd Muhd Taib melawat Sarawak setelah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar bandar, kebergantungan kepada Timbalan Menteri SPDP tidak mencukupi, amat sedikit maklumat yang dia (Muhd Taib) peroleh melainkan dia sendiri menjelajah negeri Sabah atau Sarawak. Keberkesanan program membasmi kemiskinan mereka amat menghairankan kita. Ditambah lagi dengan sikap berat sebelah kerajaan Negeri, rakyat yang amat memerlukan bantuan tetap tidak mendapat apa - apa.

Apa yang Sarawak hargai adalah kejujuran serta keikhlasan, hak memerintah Sarawak, 20 perkara penyertaan dan beberapa kontrak sosial harus dihormati serta yang paling penting janganlah melihat Sarawak dengan sikap yang sambil lewa. Mungkin suatu hari nanti, permintaan BN tidak lagi diendahkan oleh pengundi luar Bandar.

(Petikan..)

No comments: